lakukan yang terbaikl……

June 15, 2008 at 3:58 pm (Uncategorized)

Jika kita benar-benar mahu meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan apa sahaja, ada beberapa perkara yang harus kita lakukan berdasarkan tips sumber pertama keyakinan diri ini. Sebelum itu, bayangkan diri kita dalam satu situasi yang selalu membuat kita rasa tidak yakin dan lemah semangat. Contohnya, untuk pelajar, mungkin situasi di mana mereka perlu belajar subjek-subjek yang dikatakan sukar. Bagi mahasiswa dan mahasiswi, mungkin mereka tidak yakin semasa hendak membentangkan hasil kajian mereka di depan pelajar lain dan juga pensyarah. Bagi pekerja, Sumber keyakinan dirimungkin mereka tidak yakin untuk berucap atau meluahkan idea mereka di hadapan orang lain terutamanya orang yang lebih berpangkat.

Langkah pertama, kita patut sedar bahawa rasa berdebar diikuti degupan jantung yang begitu kencang adalah perkara biasa. Jangan merungut dan berharap agar kita tidak rasa berdebar. Jika anda tanya saya, saya akan kata bahawa rasa berdebar itu boleh membantu kerana ia sebenarnya akan membuat anda lebih berhati-hati dan peka.

Langkah kedua, jika rasa berdebar membuat anda tidak boleh berfikir dengan baik, lakukan dua perkara ini. Satu, tarik nafas sedalam mungkin dan tahan selama beberapa saat. Jangan fikir apa-apa. Lepaskan nafas itu dengan gaya orang merasa lega. (Boleh bayangkan orang rasa lega lepaskan nafas bagaimana?). Kedua, senyum dan bayangkan/imaginasikan anda telah berjaya lakukan apa yang anda mahu lakukan dengan begitu baik sekali. Perkara ini  belum berlaku tetapi ia adalah sumber keyakinan diri yang anda cipta sendiri di dalam minda. Fokuskan minda pada imaginasi ini.

Langkah terakhir, cuba ingat gaya seseorang yang kelihatan yakin dan bersemangat. Ingat gaya mereka itu dan tiru gaya tersebut. Tiru juga bagaimana nada suara yang mereka gunakan. Jangan risau jika ia tidak menjadi 100% kerana ia tidak perlu. Maksud saya, tidak perlu jadi 100% untuk anda jadi yakin dan bersemangat.

Ini adalah contoh amalan untuk meningkatkan keyakinan diri menggunakan sumber keyakinan diri pertama. Kejayaan teknik ini bergantung kepada usaha dan cubaan anda. Jika selama ini anda sentiasa bermasalah dengan keyakinan diri, tidak ada ruginya kalau anda mencuba 3 langkah mudah ini kan?

Selamat mencuba. )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: