Yang mana penting, straight As atau keyakinan diri yg tinggi

January 28, 2009 at 11:33 am (Uncategorized)

yakin151

Saya ada satu persoalan yang mahu dibincangkan dengan ibu bapa. Yang mana lebih penting, anak-anak mendapat straight A’s atau anak-anak mendapat keyakinan diri yang tinggi?

Saya percaya ada yang akan kata mahukan kedua-duanya. Namun, jika terpaksa memilih, yang mana satukah Tuan-tuan dan Puan-puan akan pilih?

Untuk menjawab soalan ini, fikirkan apakah kebaikan mendapat Straight A’s dan apakah kebaikan mendapat keyakinan diri yang tinggi?

Banyak perkara yang bermain di dalam minda saya mengenai perkara ini. Namun, saya biarkan dahulu soalan ini bermain di dalam minda Tuan-tuan dan Puan-puan. Insyaallah dalam posting yang akan datang, akan saya ceritakan tentang pendapat saya.

Permalink Leave a Comment

SAS EDUCARE AKAN BERSAMA MEMBANTU PELAJAR UPSR, SPM

January 28, 2009 at 2:44 am (Uncategorized)

SAS EDUCARE di sini, mampu mempertingkatkan prestasi murid dengan mengatur pelbagai aktiviti motivasi sepanjang tahun ini.

Penerajunya, Shaiful Anuar Sulaiman berkata, pelbagai aktiviti diatur termasuk calon UPSR, SPM bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal dihadapi mereka.

Menurutnya, aktiviti terdekat iaitu ceramah motivasi bersama ibu bapa akan diadakan pada waktu terdekat ini sebagai permulaan program.

“Program tersebut bukan sahaja dapat memberikan pendedahan kepada ibu bapa mengenai kaedah membantu anak mereka belajar, ia juga dapat memberi tips kepada mereka untuk bersama-sama membantu kecemerlangan anak mereka.

“Selain membantu kejayaan anak, mereka juga didedahkan untuk menjadikan anak mereka mempunyai sahsiah yang tinggi dan berjaya memperlihatkan potensi mereka baik dari segi emosi dan juga minda,” katanya.

Kata Shaiful Anuar lagi, pendekatan kaunseling yang digunakan juga dapat membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kalangan murid-murid jika perlu.

“Ada murid yang datang kepada saya untuk meminta bantuan mengenai masalah mereka dalam pelajaran dan ada yang mengalami masalah peribadi. Saya sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Selain itu katanya, ada juga murid yang dihantar guru untuk mendapatkan kaunseling dan selalunya mereka mengalami masalah lemah dalam pelajaran dan nakal.

Katanya, setelah diberikan motivasi, akhirnya mereka berubah.

“Yang paling menggembirakan saya apabila perubahan yang dilakukan amat drastik dan saya berharap agar prestasi kecemerlangan akan dapat dibentuk serta dikekalkan pada masa akan datang,” katanya.

Permalink Leave a Comment