SAS EDUCARE AKAN BERSAMA MEMBANTU PELAJAR UPSR, SPM

January 28, 2009 at 2:44 am (Uncategorized)

SAS EDUCARE di sini, mampu mempertingkatkan prestasi murid dengan mengatur pelbagai aktiviti motivasi sepanjang tahun ini.

Penerajunya, Shaiful Anuar Sulaiman berkata, pelbagai aktiviti diatur termasuk calon UPSR, SPM bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal dihadapi mereka.

Menurutnya, aktiviti terdekat iaitu ceramah motivasi bersama ibu bapa akan diadakan pada waktu terdekat ini sebagai permulaan program.

“Program tersebut bukan sahaja dapat memberikan pendedahan kepada ibu bapa mengenai kaedah membantu anak mereka belajar, ia juga dapat memberi tips kepada mereka untuk bersama-sama membantu kecemerlangan anak mereka.

“Selain membantu kejayaan anak, mereka juga didedahkan untuk menjadikan anak mereka mempunyai sahsiah yang tinggi dan berjaya memperlihatkan potensi mereka baik dari segi emosi dan juga minda,” katanya.

Kata Shaiful Anuar lagi, pendekatan kaunseling yang digunakan juga dapat membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kalangan murid-murid jika perlu.

“Ada murid yang datang kepada saya untuk meminta bantuan mengenai masalah mereka dalam pelajaran dan ada yang mengalami masalah peribadi. Saya sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Selain itu katanya, ada juga murid yang dihantar guru untuk mendapatkan kaunseling dan selalunya mereka mengalami masalah lemah dalam pelajaran dan nakal.

Katanya, setelah diberikan motivasi, akhirnya mereka berubah.

“Yang paling menggembirakan saya apabila perubahan yang dilakukan amat drastik dan saya berharap agar prestasi kecemerlangan akan dapat dibentuk serta dikekalkan pada masa akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: