PTPL sedia 3,000 tempat

March 30, 2009 at 8:42 pm (Uncategorized)

BAGI membantu pelajar memperoleh peluang pendidikan berkualiti, diiktiraf serta memenuhi pasaran kerjaya , Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (Kolej PTPL) menyediakan 3,000 tempat bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah, diploma dan sijil pada sesi 2009/2010 yang bermula April dan Mei ini.

Tawaran itu termasuk tujuh program peringkat sijil, diploma (17), ijazah pertama (14) dan tujuh program profesional.

Naib Presiden Akademik, Kumpulan Kolej PTPL, Prof Datin Dr Junainah Abd Hamid, berkata PTPL menawarkan program merangkumi pelbagai pengkhususan kerana ingin membantu pelajar memilih bidang diminati selain memenuhi kehendak majikan yang berbeza.

Menurutnya, penawaran itu sesuai dengan aspirasi PTPL untuk memberi pendidikan berterusan, berkualiti, profesional dan memenuhi kehendak majikan.

“Paling penting, setiap program itu mempunyai kelebihan dan permintaan tinggi sektor kerjaya.

“Ini memberi peluang graduan mencorak masa depan sendiri berdasarkan minat serta perancangan masing-masing,” katanya.

Antara bidang pengajian ditawarkan ialah teknologi makmal perubatan, pengurusan, hospitaliti, seni kulinari, kejuruteraan, teknologi maklumat, rekabentuk grafik dan perakaunan.

Semua kursus yang ditawarkan itu mendapat pengiktirafan kerajaan serta akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bagi program peringkat sijil, calon perlu lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu kredit, diploma tiga kredit dan ijazah pertama perlu memiliki kelulusan STPM.

Sebagai institusi bersekutu kepada Management and Science University (MSU), pelajar PTPL berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti berkenaan.

Melalui Unit Pertukaran Pelajar Antarabangsa (ISEP) MSU, lepasan PTPL berpeluang melanjutkan pengajian di lebih 40 universiti luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Jepun, Eropah Timur, New Zealand, India dan Indonesia.

Pelbagai bidang boleh diikuti seperti perubatan, pergigian, farmasi, pengurusan, perakaunan, sains informasi dan kejuruteraan.

Pelajar turut disediakan kemudahan pembelajaran lebih selesa seperti perpustakaan, makmal, penginapan, pengangkutan dan khidmat kaunseling.

Selain kampus induk di Shah Alam, PTPL mempunyai cawangan di Ampang, KL Sentral, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Seremban, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang serta Sungai Petani dengan populasi lebih 17,000 pelajar.

Untuk mendapatkan maklumat awal berhubung program dan tarikh kemasukan, anda boleh menghubungi 03-5513 6688 atau sms INFOPTPL nama e-mel dan hantar ke 013-2433677/017-399 3034 atau 016-630 8966.

Anda juga boleh melayari laman web: http://www.ptpl.edu.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: