Bengkel Smart Learning

April 16, 2009 at 1:19 pm (Uncategorized)

AHAD (19 April 2009)
8pg hingga 4 ptg Dewan Serbaguna
Kuala Kubu Bharu

Penceramah terkenal: Osman Afzan

Nota, Refreshment, Mkn tghari disediakan
100 org pertama mendaftar akan dimasukkan ke Tuisyen Percuma Rakyat..
Call : 016 2772882 (Shaiful)

Permalink Leave a Comment

PTPL sedia 3,000 tempat

March 30, 2009 at 8:42 pm (Uncategorized)

BAGI membantu pelajar memperoleh peluang pendidikan berkualiti, diiktiraf serta memenuhi pasaran kerjaya , Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (Kolej PTPL) menyediakan 3,000 tempat bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah, diploma dan sijil pada sesi 2009/2010 yang bermula April dan Mei ini.

Tawaran itu termasuk tujuh program peringkat sijil, diploma (17), ijazah pertama (14) dan tujuh program profesional.

Naib Presiden Akademik, Kumpulan Kolej PTPL, Prof Datin Dr Junainah Abd Hamid, berkata PTPL menawarkan program merangkumi pelbagai pengkhususan kerana ingin membantu pelajar memilih bidang diminati selain memenuhi kehendak majikan yang berbeza.

Menurutnya, penawaran itu sesuai dengan aspirasi PTPL untuk memberi pendidikan berterusan, berkualiti, profesional dan memenuhi kehendak majikan.

“Paling penting, setiap program itu mempunyai kelebihan dan permintaan tinggi sektor kerjaya.

“Ini memberi peluang graduan mencorak masa depan sendiri berdasarkan minat serta perancangan masing-masing,” katanya.

Antara bidang pengajian ditawarkan ialah teknologi makmal perubatan, pengurusan, hospitaliti, seni kulinari, kejuruteraan, teknologi maklumat, rekabentuk grafik dan perakaunan.

Semua kursus yang ditawarkan itu mendapat pengiktirafan kerajaan serta akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bagi program peringkat sijil, calon perlu lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu kredit, diploma tiga kredit dan ijazah pertama perlu memiliki kelulusan STPM.

Sebagai institusi bersekutu kepada Management and Science University (MSU), pelajar PTPL berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti berkenaan.

Melalui Unit Pertukaran Pelajar Antarabangsa (ISEP) MSU, lepasan PTPL berpeluang melanjutkan pengajian di lebih 40 universiti luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Jepun, Eropah Timur, New Zealand, India dan Indonesia.

Pelbagai bidang boleh diikuti seperti perubatan, pergigian, farmasi, pengurusan, perakaunan, sains informasi dan kejuruteraan.

Pelajar turut disediakan kemudahan pembelajaran lebih selesa seperti perpustakaan, makmal, penginapan, pengangkutan dan khidmat kaunseling.

Selain kampus induk di Shah Alam, PTPL mempunyai cawangan di Ampang, KL Sentral, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Seremban, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang serta Sungai Petani dengan populasi lebih 17,000 pelajar.

Untuk mendapatkan maklumat awal berhubung program dan tarikh kemasukan, anda boleh menghubungi 03-5513 6688 atau sms INFOPTPL nama e-mel dan hantar ke 013-2433677/017-399 3034 atau 016-630 8966.

Anda juga boleh melayari laman web: http://www.ptpl.edu.my.

Permalink Leave a Comment

MSU teroka pendidikan antarabangsa

March 24, 2009 at 10:11 am (Uncategorized)

Oleh Ruhaiza Rusmin am@hmetro.com.my MANAGEMENT and Science University (MSU) melalui International Medical School (IMS) yang ditubuhkan di Bangalore, India mampu menjadi pemangkin melahirkan ramai pakar perubatan pada masa depan selain menampung permintaan kekurangan doktor yang dihadapi negara kini. Ia juga selaras bagi mencapai matlamat membantu kerajaan meningkatkan pembangunan modal insan dalam bidang perubatan sekali gus membantu negara melahirkan doktor yang memenuhi kapasiti dan kehendak masyarakat. IMS di Bangalore yang ketika ini menawarkan program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) adalah kampus pesisir antarabangsa pertama ditubuhkan MSU sejajar usahanya meneroka bidang pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa. Dekan IMS, Datuk Dr Abdul Ghani Mohammed Din, berkata penubuhan sekolah itu bertepatan kehendak MSU bagi menjadikan pendidikannya bertaraf dunia serta mampu mencapai standard global. Menurutnya, penawaran jurusan perubatan itu mampu memberi impak besar kepada dunia perubatan negara selain mempertingkatkan kualiti pendidikan sedia ada. “Dengan IMS, MSU berusaha memberi peluang kepada mereka berkelayakan untuk menjadi doktor daripada sebuah institusi bertaraf antarabangsa. “Ia juga bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan selain pemangkin bagi membantu negara meneruskan misi memperbaiki taraf hidup masyarakat terutama dalam aspek kesihatan pada masa depan. “Misi MSU bukan saja berusaha melahirkan pakar perubatan berkelayakan pada masa depan tapi juga bersama memikul tanggungjawab sosial membantu masyarakat dan negara mencapai standard kesihatan yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO),” katanya. IMS ditubuhkan hasil kerjasama MSU dengan Gokula Education Foundation, iaitu yayasan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan lebih 20 tahun. Pemilihan Bangalore bagi MSU menubuhkan sekolah perubatannya kerana bandar raya itu mewarisi kekayaan India dari segi kepakaran dalam bidang pendidikan perubatan serta teknologi maklumat. Mendapat jolokan ‘Lembah Silikon India’, ratusan syarikat teknologi maklumat dan komunikasi dunia dan tempatan menjadikan bandar raya itu pusat pembangunan, inovasi serta penyelidikan luar. Menurut Dr Abdul Ghani, selain belajar dengan tenaga pakar berpengalaman, pelajar turut berpeluang mengikuti latihan serta mendapat pendedahan terbaik dalam bidang perubatan di MS Ramaiah Memorial Teaching Hospital dan Baptist Hospital yang dilengkapi peralatan canggih serta diperakui kebanyakan majlis perubatan dunia. Pelajar juga akan menjalani sesi kelas dan amali anatomi sekali gus memudahkan sistem pembelajaran kerana gabungan antara peralatan canggih, pendedahan secara amali serta tenaga kepakaran bakal memantapkan lagi proses pengajian. “Semua gabungan ini memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada pelajar. Mereka bukan saja belajar secara teori malah melakukan banyak praktikal. “Untuk melahirkan pelajar baik dan berkualiti, sistem pembelajaran diikuti harus selari tanpa mengenepikan faktor sampingan lain. Inilah acuan yang diguna pakai MSU dalam melahirkan graduan mengikut berkualiti dan standard boleh dibanggakan,”katanya yang optimis MSU mampu membantu negara mencapai sasaran nisbah seorang doktor untuk setiap 600 penduduk menjelang 2020. Program MBBS di IMS mengambil masa lima setengah tahun dan selepas tamat pengajian, pelajar perlu mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ditempatkan di hospital awam seluruh negara di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memenuhi tuntutan latihan perubatan (housemanship) selama dua tahun. Pengambilan pelajar baru program MBBS di IMS dibuat pada September setiap tahun dan terhad kepada 150 pelajar. Ia Program ini terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Foundation MSU, diploma, A-Level dan matrikulasi. Pelajar yang berminat mengikuti program MBBS wajib mendapat keputusan cemerlang dan calon berkelayakan perlu menduduki Medical Entrance Test (MET) di MSU. Dr Abdul Ghani juga berkata IMS merancang menambah lebih banyak lagi bidang pengkhususan dalam program pengajian yang ditawarkan pada masa depan selaras usaha membantu negara melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan dana memainkan peranan positif dalam penyediaan modal insan minda kelas pertama. Pelajar yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program perubatan yang ditawarkan MSU boleh menghubungi International Medical School, MSU di Blok A, Jalan Equestrian 13/52, Off Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Juga boleh menghubungi talian 03-5510 6868, faks 03-5510 8668, emel: enquiry@msu.edu.my atau melayari laman web http://www.msu.edu.my.

Permalink Leave a Comment

rumah pelajar 20A…rahmati keluarga mereka !

March 17, 2009 at 1:47 am (Uncategorized)

rumah_nur_madihah1
Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.Macam mane Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibubapanya dalam rumah tersebut.Dan nak bayangkan macam mane Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.Cuba bayangkan beliau masih mampu bangun tahajjud dalam keadaan rumah yang sebegitu daif!Terasa malu plak bagi kita yang punya rumah hebat siap air-con tapi jangankan tahajjud, takut suboh pun tak terkejut!!Tapi apa yang lebih membingungkan saya adalah bagaimana kedaifan keluarga ini langsung tidak diketahui samada oleh pihak sekolah, pihak jawatankuasa masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan samada peringkat negeri mahupun persekutuan saperti JKM, PPD dan lain-lain.Saya terbaca lapuran bagaimana Nur Madihah terpaksa berlapar dan berpuasa kerana tiada kemampuan untuk belanja.Allah humma ya Allah..begitu besar Rahmat & Rahim Mu Ya Allah. Berilah kami kekuatan & kecekalan menghadapi segala pancaroba dan cabaran sebagaimana Engkau berikan kepada Nur Madihah. Dan kepada Nur Madihah, Engkau berikan kejayaan kepada beliau dan berilah keberkatan kepada apa jua yang Engkau berikan kepada beliau.Ameen ya robbal ‘alamin..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Permalink Leave a Comment

PILIHAN KE IPTA/IPTS SELEPAS SPM/STPM…

March 17, 2009 at 1:41 am (Uncategorized)

gg1SETELAH menerima keputusan minggu lalu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kini mula memuktamadkan pemilihan kursus dan institusi pengajian tinggi (IPT) sesuai, yang bakal menentukan hala tuju kerjaya mereka apabila tamat pengajian kelak.

Bagi lepasan SPM, hanya tinggal seminggu lagi bagi mereka mengesahkan permohonan lapan pilihan program pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi.

Tidak terkecuali bagi mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian ke kolej atau universiti swasta, juga perlu bijak merangka strategi bagi mengelakkan mereka ‘berputih mata’ apabila gagal mendapat akses ke pengajian tinggi.

Jika mendapat keputusan baik atau cemerlang seperti yang diharapkan, tidak mustahil bagi pelajar memilih kursus pengajian kompetitif yang diidamkan.

Namun, jika keputusan sebaliknya, maka pilihan kursus pengajian perlu sesuai dengan pencapaian diperoleh kerana persaingan memasuki IPTA khususnya kini semakin sengit terutama dalam bidang profesional termasuk perubatan, farmasi, perakaunan dan kejuruteraan.

Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Radin Umar, berkata analisis data permohonan ke IPTA sebelum ini menunjukkan terdapat kecenderungan pelajar memilih program pengajian melebihi tahap kemampuan dan mensasarkan universiti perdana saja sebagai IPT pilihan.

Beliau berkata, strategi terbaik dalam pemilihan kursus di IPT adalah bersesuaian dengan minat, kebolehan serta tahap kemampuan pelajar yang dicerminkan menerusi keputusan peperiksaan.

Status universiti yang dipohon juga, katanya, adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan permohonan pelajar kerana syarat kelayakan minimum bagi bidang yang sama adalah berbeza di kalangan IPT.

“Percaturan strategi permohonan tanpa mengambil kira kedua-dua faktor penting ini boleh mengakibatkan pelajar yang cemerlang sekalipun gagal dalam permohonan mereka mengikuti pengajian bidang diminati.

“Sebagai contoh kebarangkalian bagi lepasan matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.8 dan menetapkan permohonan mengikuti pengajian perubatan di universiti baru sebagai pilihan pertama adalah lebih tinggi berbanding pemohon dengan PNGK 3.999 yang memohon kursus sama di universiti perdana.

“Ini kerana syarat kelayakan bagi program kompetitif seperti perubatan lazimnya lebih rendah di universiti baru dan sederhana berbanding universiti perdana yang turut menerima jumlah permohonan yang amat tinggi serta kebanyakannya berkelulusan PNGK 4.0,” katanya.

Radin berkata, kecenderungan membataskan pilihan bidang pengajian juga antara faktor yang membuatkan pelajar gagal dalam permohonan kerana enggan mengikuti bidang berkaitan sedangkan hakikatnya jurusan alternatif masih dalam skop minat pelajar sementara syarat kelayakannya pula lebih bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.

Katanya, hal ini terbukti apabila masih ada pelajar yang menandakan tidak bagi pilihan memproses permohonan mereka kepada bidang pengajian berkaitan jika gagal mendapat kursus yang diminta.

“Sebagai contoh, jika pelajar gagal dalam permohonan asal mengikuti kejuruteraan kimia kerana tidak mencapai tahap kelayakan ditetapkan, permohonan boleh diproses untuk jurusan berkaitan yang masih dalam skop minatnya tetapi memberi penekanan berbeza seperti kejuruteraan industri.

“Malah, dengan mengikuti program berkaitan di politeknik terlebih dulu sebelum layak mengikuti pengkhususan program di universiti adalah satu lagi alternatif bagi mereka yang berkelayakan rendah tetapi mahu meneruskan minat dalam bidang kejuruteraan. Tetapi tempoh pengajian mereka lebih lama,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi supaya meneliti semua pilihan program pengajian yang ada serta IPT yang menawarkannya supaya pilihan dibuat berasaskan pengetahuan dan bukan sekadar ikutan.

Guru kaunseling sekolah, pakar industri dalam bidang berkaitan, ahli akademik serta program hebahan termasuk Karnival Jom Masuk U kementerian serta pameran pendidikan, katanya, antara sumber serta saluran terbaik bagi pelajar mendapatkan bimbingan pemilihan program yang sesuai.

“Pemilihan program pengajian di IPT ini antara keputusan penting dalam kehidupan dan perlu disesuaikan dengan kemampuan, minat dan perawakan pelajar kerana ia juga penentu masa depan kerjaya mereka.

“Justeru biarlah asas pilihan itu adalah pengetahuan dan bukan berasaskan faktor yang tidak sewajarnya seperti mengikut pilihan kawan sedangkan calon tidak tahu langsung apa tuntutan kelayakan serta kriteria bagi membina kerjaya bersesuaian dengan program dipilih,” katanya.

Permalink Leave a Comment

KEPUTUSAN SPM DIJANGKA PADA 12 MAC 2009.. SELAMAT BERJAYA!

March 6, 2009 at 11:36 am (Uncategorized)

Permalink Leave a Comment

KEMASUKAN KE SEK MEN TEKNIK…

February 13, 2009 at 2:21 am (Uncategorized)

Semua pelajar PMR 2008 boleh membuat pengesahan samada dapat meneruskan pengajian ke Tingkatan 4 pada tahun ini ke SMT.. Rayuan ke SMT boleh dibuat sehingga 6 Mac 2009..

Selamat berjaya!

Permalink 2 Comments

Yang mana penting, straight As atau keyakinan diri yg tinggi

January 28, 2009 at 11:33 am (Uncategorized)

yakin151

Saya ada satu persoalan yang mahu dibincangkan dengan ibu bapa. Yang mana lebih penting, anak-anak mendapat straight A’s atau anak-anak mendapat keyakinan diri yang tinggi?

Saya percaya ada yang akan kata mahukan kedua-duanya. Namun, jika terpaksa memilih, yang mana satukah Tuan-tuan dan Puan-puan akan pilih?

Untuk menjawab soalan ini, fikirkan apakah kebaikan mendapat Straight A’s dan apakah kebaikan mendapat keyakinan diri yang tinggi?

Banyak perkara yang bermain di dalam minda saya mengenai perkara ini. Namun, saya biarkan dahulu soalan ini bermain di dalam minda Tuan-tuan dan Puan-puan. Insyaallah dalam posting yang akan datang, akan saya ceritakan tentang pendapat saya.

Permalink Leave a Comment

SAS EDUCARE AKAN BERSAMA MEMBANTU PELAJAR UPSR, SPM

January 28, 2009 at 2:44 am (Uncategorized)

SAS EDUCARE di sini, mampu mempertingkatkan prestasi murid dengan mengatur pelbagai aktiviti motivasi sepanjang tahun ini.

Penerajunya, Shaiful Anuar Sulaiman berkata, pelbagai aktiviti diatur termasuk calon UPSR, SPM bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal dihadapi mereka.

Menurutnya, aktiviti terdekat iaitu ceramah motivasi bersama ibu bapa akan diadakan pada waktu terdekat ini sebagai permulaan program.

“Program tersebut bukan sahaja dapat memberikan pendedahan kepada ibu bapa mengenai kaedah membantu anak mereka belajar, ia juga dapat memberi tips kepada mereka untuk bersama-sama membantu kecemerlangan anak mereka.

“Selain membantu kejayaan anak, mereka juga didedahkan untuk menjadikan anak mereka mempunyai sahsiah yang tinggi dan berjaya memperlihatkan potensi mereka baik dari segi emosi dan juga minda,” katanya.

Kata Shaiful Anuar lagi, pendekatan kaunseling yang digunakan juga dapat membantu dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kalangan murid-murid jika perlu.

“Ada murid yang datang kepada saya untuk meminta bantuan mengenai masalah mereka dalam pelajaran dan ada yang mengalami masalah peribadi. Saya sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Selain itu katanya, ada juga murid yang dihantar guru untuk mendapatkan kaunseling dan selalunya mereka mengalami masalah lemah dalam pelajaran dan nakal.

Katanya, setelah diberikan motivasi, akhirnya mereka berubah.

“Yang paling menggembirakan saya apabila perubahan yang dilakukan amat drastik dan saya berharap agar prestasi kecemerlangan akan dapat dibentuk serta dikekalkan pada masa akan datang,” katanya.

Permalink Leave a Comment

one day in college

December 16, 2008 at 3:07 pm (Uncategorized)

What’s in store for me at college?Remember Voldemort from Harry Potter? The scary wizard who no one dared to call by name and kept people guessing about his next move? Well, for many students, college is like Voldermort. Cold, unwelcoming, scary and worst of all, you will never know what to expect! Friends and family will be of little help because adjectives are not adequate to sum up life in college. They will tell you that it will be ‘fun’, ‘exciting’, or ‘cool’, but what is fun, how cool is cool and why is it exciting? Scary indeed, you have so many questions with no where to find answers.
Okay, before we delve deeper into college life let’s talk about school. You are about to end your schooling life and you’re probably feeling delirious about never having to wear school uniforms again. Certainly, there are many who are counting the days before school ends, waiting to dye your hair pink or to just to go out there and do something crazy. Soon, you will have to start thinking about your future and going to college. How do you choose a college, most importantly, WHAT GOES ON BEHIND THE BRICK WALLS OF A COLLEGE?
Many students will never know the answer until they actually go to college. No, there is no Harry Potter who will help you fend off Voldermort, you will have to face him yourself. But, the people from Taylor’s University College (bless their kind souls) has devised an ingenious solution that will help you understand and actually watch what goes on in the life of a college student.
College Life in One Day (CLIOD) is a programme to feed your curious minds with information and knowledge about what goes on in a day in the life of a college student… click to read

Permalink Leave a Comment

« Previous page · Next page »