10 panduan untuk berjaya dalam peperiksaan…

February 14, 2008 at 7:14 pm (Uncategorized)

Pada pelajar2 yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM, tidak lama lagi anda akan menempuh peperiksaan besar ini. Peperiksaan adalah batu loncatan untuk masa depan kita. Pelajaran adalah kunci kejayaan. Macam motto sekolah lah pulak. Zaman orang tidak mempunyai pendidikan tinggi (ataupun sekurang2nya diploma) sudah berlalu. Keadaan sekarang, jika tidak mempunyai pendidikan sekurang2nya diploma, macam tidak memakai baju, atau umpama manusia tidak bertulang atau berkulit…. Susahkan gitu. Pelajaran adalah penting. Ianya menjadi ukuran setiap manusia hari ini.

Panduan dari saya untuk adik2 berlandaskan pengalaman saya.

1. Menjadi seorang yang positif.

Jangan anggapkan peperiksaan satu yang membebankan. Anggapkan peperiksaan sebagai kawan anda. Memanglah sukar untuk jadikan peperiksaan sebagai kawan. Semua orang melalui peperiksaan ataupun ujian didalam kehidupan sehariaan atau dalam kerjaya mereka. Ujian membuat kita menjadi lebih kuat dan berjaya. Pernahkah kita melihat bagaiman seorang bayi yang terpaksa jatuh dan bangun sebelum ianya pandai berdiri atau berjalan.

2. Menjadi seorang yang lebih terurus.

Cuba tenguk diri adik2 didalam cermin. Adakah adik nampak letih dan lesu. Gunting rambut adik. Kerat kuku yang dah panjang. Penampilan mestilah nampak kemas. Ini membantu keadaan emosi kita yang lebih tenang dengan penampilan yang lebih kemas dan menarik. Jika ada meja belajar, uruskan ia dengan kemas. Aturkan buku dan beg anda ditempat baru, ubah meja anda mengadap dinding. Letakkan jadual baru aktiviti anda didepan ataupun gambar ibubapa dan keluarga anda didinding itu sebagai sumber aspirasi. Ini penting untuk memberikan mood yang baik dan tenang ketika mengulangkaji pelajaraan. Sebenarnya ketika kita sedang mengatur dan menguruskan meja belajar, adik2 akan berasa yang otak adik sedang bersedia untuk menerima bahan2 dan pelajaran. Macam kita membersihkan komputer dari memori (cookies, temporary files). Otak akan merasa tenang dan dapat menerima bahan2 baru untuk disimpan.

3. Periksa jadual aktiviti anda.

Buat semula jadual anda. Letakkan diatas meja, atau tampalkan didepan meja anda (dinding). Seeluknya, tampalkan diatas kertas vanilla yang besar bersama dengan slogan atau kata2 motivasi saperti, “belajar dan terus belajar”, “belajar asas kejayaan” dll. Uruskan buku2, nota, kamus dan alattulis untuk keperluan ulangkaji. Rancangkan pembelajaran anda bagi tiap2 matapelajaran supaya sama masanya. 30 minit mungkin. Jadual harian saperti sebelah pagi, matapelajaran yang hendak dihafal, sebab pagi adalah segar untuk otak kita. Sebelah petang, dengan ulangkaji matapelajaran matematik, praktis dan praktis dan sebelah malamnya mengulangkaji soalan2 ditahun lepas.

4. Beli buku panduan tambahan dan buat latihan.

Dengan latihan yang sebanyak mungkin, anda akan dapat memahirkan diri  anda,  lebih2 lagi dalam matapelajaran matematik. Berhenti dan hirup udara segar dengan berjalan2 di laman rumah jika anda berasa terlalu letih. Ini dapat meringankan otak dan merehatkannya. Jangan lupa, perhatian kepada guru yang mengajar masih lagi cara pembelajaran yang ideal. Ambik nota ketika guru mengajar. Sediakan diri adik2 sekarang sebelum peperiksaan besar yang bakal menjelma.

5. Dengar musik.

Mungkin setengah dari anda telah pun mencubanya. Musik sentimental sebagai latar akan membangkitkan suasana dan mood untuk mengulangkaji. Musik bukan satu yang membisingkan. Televisyen mungkin menganggu anda. Musik airterjun atau klasik dapat membantu anda.

6. Senaman.

Ianya penting sebagaimana pemakanan semasa peperiksaaan.Anda boleh bersenaman ringan, ataupun berjalan2 sekeliling taman, ataupun berenang. Ini akan dapat memberikan kekuatan badan. Buat pernafasan dengan menghirup udara segar. Anda memerlukan sebanyak mungkin oksigen. Bila perlu, rehatkan diri anda sebanyak mungkin. Jangan paksa diri anda, tetapi ingatlah peperiksaan sudah hampir menjelang tiba. Jangan sekali2 berkelahi dengan ibubapa atau pun kawan2 anda. Ini akan merosakan mood anda dan menekan diri anda.

7. Selalu belajar di masa dan tempat yang sama.

Jika boleh, selalu belajar dimasa dan tempat yang sama . Ini sebagai disiplin. Otak anda juga akan bersedia dan dapat menerima dan menyimpan semua yang anda pelajari. Otak anda akan dapat berfungsi seperti komputer. Klik dan anda mendapat jawapannya.

8. Dapatkan tidur yang cukup.

Badan dan otak yang letih tidak akan dapat menerima bahan untuk disimpan. Jadi anda hendaklah mendapatkan rehat yang cukup. Tidur awal dan bangun awal setiap hari. Mandi sebelum mengulangkaji.

9. Jauhkan diri dari kawan2 negatif.

Buat amalan baru ditahun yang penting ini. Peperiksaan besar. Mintak tolong kawan2, hindarkan diri dari mereka yang merosakkan masa anda dengan melepak dan merempit. Dekatkan diri dengan kawan2 yang baik dan pandai saperti anda. Kawan yang negatif akan melemahkan tenaga anda, pemikiran anda, dan disiplin anda. Berhati2.

10. Beritahu diri anda yang anda hendak menjadi manusia hebat.

Anda hendak keluarga anda berbangga dengan anda dan dapat berkongsi dengan anda. Anda hendak keputusan peperiksaan yang bagus. Tuliskan cita2 anda di atas kertas dan tampalkan didinding depan meja belajar anda. Berapa “A” yang anda hendak capai. Tulis dan tampalkan di dalam beg anda. Bawa cita2 anda didalam kocek seluar anda.

Dengan harapan agar adik2 dapat fokuskan kepada peperiksaan yang sekali didalam hidup adik2, gunakan panduan2 dan tip2 diatas buat penentu kejayaan dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM.  Selamat berjaya!

Permalink Leave a Comment

All Candidates for SPM/ STPM 2008..

February 14, 2008 at 6:50 pm (Uncategorized)

Good luck to you all!

Permalink 1 Comment